Tuesday, March 9, 2010

A T I Q W A Z I F ~ SATU ANUGERAH

Posted by CHIp chIP buCkS at 11:46 PM 0 comments



salam....

Malam nie mcm biasa aku mencoret lg.. malam nie aku tertarik untuk menceritakan tentang sebuah buku yang bagi aku penceritaannya sangat menarik dan sangat menyayat hati... buku diperkenalkan kepada aku oleh juniour aku yg mmg die tau aku suke mengumpul koleksi buku..
aku ingat lagi ayat die mlm tu ' sy pasti, akak mst suke buku nie... sesuai dgn jiwa akak..' tanpa buang masa aku terus tgk muka depan buku tersebut dan membaca sedikit ringkasan buku tersebut di bahagian belakang. apa yg umai ckp cukup betul. aku betul2 tertarik dgn buku tue. lantas esok aku terus keluar utk beli...

hari pertama jer aku baca, aku dah dpt habiskan hampir separuh buku tersebut. jarang sekali tgk aku boleh mengadap satu buku pada satu masa. tapi buku ini btl2 buka ht aku untuk terus membaca dan menghayati setiap perjalanan hidup adik yang bernama ATIQ WAZIF...

buku ini sebenarnya mengisahkan tentang seorang kanak-kanak khas yang mengalami masalah dalam tumbesaran dirinya. banyak perkara dan kejadian yg adik nie hadapi smpai aku akan menangis setiap kali melewati setiap helaian buku tersebut..

pengorbanan keluarga adik atiq betul2 membuatkan hati aku sayu. usaha dan tawakkal yang tidak pernah putus2 memberikan satu impak yg besar dalam diri aku.... lagi-lagilah option aku skang pendidikan khas. memang amat sesuai utk aku mendalami hidup bakal pelajar aku sendiri...

kepada pembaca kau mengesyorkan supaya anda semua belilah buku ini, setidak-tidaknya buku ini kita boleh guna utk lebih memahami masyarakat OKU yg ada dan sebahagian dalam hidup kita...

(",)




Monday, March 8, 2010

terima kasih saudara...

Posted by CHIp chIP buCkS at 11:58 AM 0 comments

Assalamualaikum w.b.t

Aku kembali mencoret setelah sekian lama aku meninggalkannya.. ceh wah.. puitis n dramatis...
By the way blik pada cerita yang nak aku kongsikan bersama kepada semua adalah berkenaan satu kisah yang bagi sungguh menarik.. orang kata kalau dah rezeki yg Allah bagi takkan kemana dan walau macamna cara sekalipun pasti akan ada jalan yang Allah pasti bantu...

hari ini adalah hari pertama bg batch sem 3 menjalankan PBS di kg masing-masing. termasuk seorang adk juniour yg comel nie.. hmm aku xpasti la adk yg mana satu.. tp melalui cerita yang telah diceritakan pada aku memang malang nasib adk nie... tp Allah ada utk bantu die.. dengan kuasa ALLAH yg maha besar ditakdirkan seorang saudara lelaki nie datang membantu juniour nie....

hmmm, sewaktu dalam perjalanan pulang ke kg halaman aku difahamkan bahawa beg adk ni dah terjatuh di lebuhraya karak.. pintu bas yg mereka naiki terbukak tanpa sengaja dan menyebabkan dua buah beg tercampak keluar di ats jalan raya. dengan apa yg telah diceritakan pd aku di dalam beg tersebut terlalu byk brg yang berharga dan mahal bg taraf aku yg masih bergelar student.. aku faham perasaan adk tu mst di hatinya berasa gelisah, sedih, gundah-gulana, geram, redha dna mcm2 lg perasaan yg bercampur baur... mungkin diwaktu adk tue kehilangan brg tersebut, adk tue sentiasa berdoa meminta pertolongan dr Allah agar dibukakan jalan utk dirinya menemui semula beg tersebut...

dan akhirnya aku percya Allah mendengar rintihan itu, dan atas takdirnya salah seorang kwn kelas aku faezah membaca sebuah blog seorang cikgu yang telah menjumpai beg adk nie. cikgu yang telah menjumpai beg adk nie telah menyebarkan berita mengenai kehilangan beg itu di lebuhraya dan kebtulan wkt tu faezah membaca blog cikgu tersebut...

betapa ALLAH tu maha merancang dna maha menentukan..betul pembaca... aku hope ak tue dh tenang dna x sedih lg dan mudah-mudahan cikgu yang membantu tersebut diberikan balasan yang baik dr ALLAH...amiiiiiiinnnn..... mari semua pembaca kita aminkan..

Saturday, March 6, 2010

aku kembali...

Posted by CHIp chIP buCkS at 7:59 PM 0 comments
salam..... aku kembali untuk membuat coretan semula.... hmm mungkin kali ini banyak yang ingin berkongsi dengan semua mengenai kehidupan sebagai seseorang yang hidup di dunia ini...
 

NUR SYAFAWATI BT ABDUL HALIM Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare