Sunday, August 30, 2009

maKaN..

Posted by CHIp chIP buCkS at 2:56 PM 0 comments

assalamualaikum w.b.t


alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmat iman dan islam di muka bumi nye ini... alhamdulillah juga aku masih dapat merasai nikmat berpuasa di bulan ramadhan dan apa yg istimewanya bagi aku tahun nie aku berpuasa di rumah kerana tahun ni puasa ramadhan jatuh pada tarihk cuti sekolah dan batch aku ditakdirkan utk menjalani PBS selepas cuti. maka dua minggu la aku berpuasa dkt rumah..


menjalani ibadah berpuasa abgi aku sgt menyeronokkan tp yg x syok nye bile wkt buka perut senak.. makan byk sgt.. satu tabiat yag patut dielakkan bg mengelakkan bdn aku menjadi lebih debap... pun begitu mak ngn baba ak x kesah kalu nak makan byk.. tp tabiat ini sebenarnya amalan hidup yg x sihat.. atas inisiatif tu ari nie aku byk mencari tips yg x kurang berguna utk kita semua untuk dijadikan panduan utk cara pemakanan kt d wkt ramadhan .. ianya bg mengelakkan baju raya yg dah siap boleh dipakai.. hehehe...



Berikut adalah panduan makanan untuk menjamin kesihatan kita;
  • Kurangkan penggunaan lemak terutama lemak tepu seperti sumber-sumber lemak dari binatang seperti mentega dan keju kerana lemak jenis ini juga mengandungi aras kolesterol yang tinggi. Semasa menggoreng dan menumis juga kita perlu meminimakan kuantiti minyak supaya makanan lebih sihat dan memastikan kita lebih berjimat-cermat.
  • Tingkatkan pengambilan buah dan sayur-sayuran segar. Kebanyakkan buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, betik, ciku, pisang mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding dengan buah-buahan import seperti epal, pir dan lai. Sebagai contoh, pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C lebih 2 kali ganda berbanding epal hijau. Betik eksotika pula mempunyai kandungan vitamin A hampir 10 kali ganda berbanding limau mandarin. Selain sumbangan vitamin dan mineral, buah-buahan dan sayur-sayuran juga adalah menyumbangkan serat (fiber) ~ selain tue bile kt mkan buah-buahan, scr x lansung membantu pelawasAN.. jd x la berlaku masalah sembelit..
  • Lebihkan pengambilan air. Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buaha-buahan (tanpa gula) dan elakkanlah dari minuman yang manis seperti minuman kordial dan minuman berperisa. Minuman yang berkafein seperti kopi tulen juga tidak digalakkan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang masin terutama ketika bersahur. Disamping kita dapat mengelakkan bahaya penyakit, kita juga akan tidak merasa dahaga ketika berpuasa.
  • Kurangkan pengambilan makanan/minuman yang manis. Mengurangkan penggunaan gula adalah baik untuk kesihatan kerana ia dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis dan masalah kegemukkan.

Thursday, August 27, 2009

serabot!!!!

Posted by CHIp chIP buCkS at 12:44 PM 0 comments

assalamualaikum w.b.t...

aku percaya ramai yg menghadapi masalah nie... lagi2 lah kter msh bergelar mahasiswa yg masih menuntut sepenuhnya.. dan belajar sebagai dominan segala komitmen dalam diri... x dinafikan bile kerja datang menimpa2 otak mule la 'jam'... nak berfikir pun asyik 'pending'... akulah terutamanya...

* kepada kawan2 ku: Mfkan aku byk2 tau kalu korg ckp ngn aku tue lambat delivered nyer... hehehehe... (^-^)


x pelah dalam bulan ramadhan yg penuh keberkatan nie jom kt kutip satu per satu fadhilatnye.. termasuk mengubah dr sndr...

aku der terbace dalam blog info sihat ttg pengurusan masa...


Panduan
Panduan pengurusan masa bagi remaja
Buat jadual harian. Catatkan:

  • Pukul berapa biasanya anda bangun tidur?
  • Berapa lama anda bersiap untuk ke sekolah?
  • Pukul berapa anda pergi ke sekolah?
  • Pukul berapa anda pulang ke rumah dari sekolah?
  • Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah?

Daripada jadual di atas, anda boleh menentukan berapa banyak masa lapang yang anda ada dan menyusun jadual masa supaya semua aktiviti dapat disempurnakan pada hari yang sama.

Buat senarai mengenai perkara yang ingin anda lakukan.
Apabila anda hanya duduk menonton TV beberapa jam atau tidak melakukan apa-apa dan menjadi bosan, gunakan senarai yang ada untuk mengubah masa lapang anda dengan melakukan aktiviti yang lebih produktif.

Tetapkan matlamat tentang apa yang ingin anda capai.
Matlamat anda sasarkan mestilah khusus. Sebagai contoh: 'Saya ingin memperoleh wang' bukanlah satu matlamat; sebaliknya 'Saya ingin mendapatkan RM50.00 untuk membeli sepasang kasut'; merupakan satu matlamat.
Hanya matlamat yang khusus mudah dicapai dan dilaksanakan.

Bahagi-bahagikan aktiviti harian anda mengikut kategori.
Tetapkan keutamaan apabila anda membahagikan aktiviti mengikut kategori. Contohnya: 'Menyiapkan kerja sekolah adalah keutamaan, Melakukan senaman adalah keutamaan, Bersiar-siar di pusat membeli belah bukan keutamaan'.
Tetapkan aktiviti anda berdasarkan keutamaan.

Tetapkan had masa.
Jika anda perlu menyiapkan kerja rumah, tetapkan had masa.
Pastikan anda menyiapkan kerja tersebut dalam had masa yang ditetapkan.

Gunakan diari.
Diari atau jadual waktu dapat membantu anda melakukan tugasan dan mencapai matlamat yang ditetapkan.Ia juga turut membantu anda untuk merancang aktiviti harian berdasarkan apa yang mesti dibereskan. Secara langsung, ia membantu anda untuk menggunakan masa yang terluang untuk menyiapkan tugasan atau aktiviti yang ingin dilakukan.

Kekalkan rutin harian anda sebaik mungkin.
Mengetahui apa yang perlu dibuat dan bila ia perlu diselesaikan membolehkan anda mencapai apa yang telah disasarkan dengan lebih baik.

Simpan tugasan atau kerja sekolah di satu tempat.
Anda hanya akan membazir masa jika perlu menyusun semula tugasan yang ingin dibereskan.Pembaziran ini dapat dikurangkan jika anda boleh menyimpan semua tugasan di satu tempat agar ia boleh dibereskan dengan cepat dan mengurangkan stres.

Jangan melengah-lengahkan kerja anda.
Berlengah itu pencuri masa. Anda hanya membazir masa jika melengah-lengahkan kerja.

Siapkan tugasan dengan betul semasa kali pertama ia dilakukan.
Anda hanya membuang masa bila tugasan tersebut perlu dibuat semula.



Wednesday, August 26, 2009

cuak x bertempat..

Posted by CHIp chIP buCkS at 9:24 PM 0 comments
assalamualaikum w.b.t...

...... sekali lg aku mencoret... bukan pe mengisi mase terluang... hari ini 5 Ramadhan bersamaan dgn 26 Ogos... alhamdulillah... pg tadi aku ke mktb dgn satu hasrat yg aku nak setel kan semua keje2 aku sebelum aku menjalani PBS lepas cuti nie... keje yg perlu aku selesaikan ialah seperti kertas kerja dan permohonan kebajikan kepada pengarah.. bermaksud aku perlu membuat temu janji dan berbincang dgn pengarah..berderau darah... hehehe...teringatkan muka pengarah kampus aku yg menggambarkan personaliti beliau yg sgt tegas dan berkarisma.. x pela, kaki terus melangkah... masuk ke blik pengarah dan berjumpa dgn p.a pengarah....

jantung mcm nak lari tglkan jasad aku disebabkan terlalu laju dan pantas berdegup... hehehe...

aku:mf kak, puan pengarah ader tak? ( santun menyusun kater...)
p.a: ader... tp die tgh meting... naper??
aku: ( psiko tol la akak nie.... x perla .. letih pose kot.. kui3)
sy sebenarnye nak jumpa pengarah dan berbincang mengenai dewan makan asrama..


akak p.a mengangguk tanda faham dgn tujuan dan hajat aku pada waktu tu... agaknya, jwapan aku td dah menggambarkan siapa aku dan knp perlu aku yg berjumpa dgn pengarah... die dgn tidak membuang masa terus masuk ke blik pengarah sesudah mesyuarat selesai.... jantung aku kembali berdegup pntas... hehehe...


pengarah : silakan...

sapaan tersebut membuat kan aku terkejut dr lamunan... pengarah yg pgl aku... ahhhh.... malu......

perbincangan terus dibuat.... dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar... segala permohonan yg aku kemukakan diterima.... keje aku selesai untuk hari ini....



MORAL OF THE STORY:

1) jgan gelabah x tentu pasal
2) segala tindakan yg dibuat perlu difikirkan positif dan negatif nye...
3) percaya dan yakin pada diri
4) peka ngn persekitaran
5) senyum sntiasa..

Tuesday, August 25, 2009

bina insan guru- program khidmat masyarakat (anak angkat)

Posted by CHIp chIP buCkS at 11:48 AM 0 comments






assalamualaikum w.b.t

Pada 17 hb Ogos sehingga 19 hb Ogos 2009 aku mengikuti program big yang diadakan di homestay kampung parit penghulu.. langkah bermula pada pukul 8.00 pagi. aku melangkah malas sebab bagi aku, aku x rase mcm menArik dan seronok... tapi aku masih menunggu sama ada program ini memberikan keseronokan atau pun tidak. detik terus berjalan dan sehingga lah aku berada di dalam bas. aku mengharapkan perjalanan mengambil masa yang lama walaupun aku tau hakikatnya masa perjalanan mengambil masa kurang dari 30 minit. waaaaa..... aku x pernah rase x bersemangat seperti ini.. tapi x per, aku masih menunggu saat yang menberi kesan kepada hidup ku... aku cube untuk mengawal emosi tidak bes dalam diri aku.. xper la.. sampai-sampai jer terus mendirikan khemah, dan alhamdulillah kemahiran mendirikan khemah tue msh ader dalam diri setiap orang dalam ahli khemah aku.. dan ini satu advantage, sekurang-kurang nye masa x trbuang mcm tue jerk.. hbs buat keje aku ngn member khemah aku dok lepak2 smbil2 tue tolong grup len yang x siap lg... detik terus berlalu sehingga la ke program sebelah petang iaitu " SEPETANG BERSAMA DENGAN PENDUDUK KG PARIT PENGHULU DAN PENYERAHAN ANAK ANGKAT"

group aku bersama dgn noi, ajan, tiey ngan norm.. jd kami diserahkan kepada keluarga angkat kami petang tue.. bila kami diserahkan tue aku dapat rase yg mak angkat aku nie macam garang jerk. tp x per.. mungkin itu hanya tafsiran pada kasar aku jer.. xper la.. hari diteruskan dan akhirnya aku sampai gak ke rumah mak angkat aku.. die mmg seorang yg sgt rajin pada pandangan aku.. rumahnya kemas.. susun atur brg sistematik dan buatkan aku terpegun...


....... byk sgt persiapan yg dibuat untuk kami.. dan hanya untuk kami...






Monday, August 3, 2009

kasih sayang dan cinta yang sempurna...

Posted by CHIp chIP buCkS at 10:00 PM 0 comments














love my mother and father sooo much....
















Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adlah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuhk au bisikkan dan hapus semua sesalku
dalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Sayangku engkau begitu sempurna.. sempurna.. sempurna...



assalamualaikum w.b.t...

malam nie aku terdorong untuk membuat post yg istimewa sgt2 untuk mak ngn babah aku... aku sayang sgt dorg...sayang yang teramat sgt2... maklumlah aku kan anak sulung..kadang2 anak sulung nie lebih manje dari adiknya..hahaha.. tol tak.. lagipun adik beradik pun dua orang aje..bagi aku mak ngn ayah aku adalah tunjang dalam hidup aku.. dgn mereka la aku berkongsi segala2nya... terutamanya dengan mak aku.. die la ibu, die la mama, die la umi, die la sumer nyer... kalau aku der masalah tue susah betul nak sorok.. mst die tau.. aku slalu jugak kena marah tp aku tau marah nyer die pada aku sbb die syg sgt pada aku ngn adik aku.. babah plak orang x banyak ckp... senyap jerk.. tapi aku tau, walaupun aku x cter sumer masalah aku pada die tp die mst tau... yela mak kan ader sebagai reporter.. kalu babah x tny ngn aku pun, babah mst tny ngan mak..hehehe......pepun dorg la tempat aku mengadu... dorg slalu sgt pesan, sembahyang jgn tgl..tue la pesanan yg sentiasa tersemat.... mereka adalah yg terbaik.. kalaulah aku diberi pilihan selautan emas berlian ngn parents aku, aku dngn pasti dan bangganya akan menjawab mak ngn ayah aku...


mak.... babah.......... syafa syg sgt2 kat mak ngn babah........... i love both of u.... i want to hug both of u.......... i miss u all sooooo much....

Sunday, May 17, 2009

debaran dan cabaran

Posted by CHIp chIP buCkS at 6:15 PM 0 comments

hmmmmmmmm...

rasenyer mcm nek gler jerk...hahahahahaha.....

xperla, btulla kter shah nadzri bin jasmir yg ujian itu tarbiyyah Allah dan Allah itu adalah sebaik-baik perancang. aku sering memegang kate2nya... tgl lg beberapa jam lagi aku akan menghadapi peperiksaan final bg sem nie dan secara jujurnya aku x study st pun...subhanallah...seolah2 sesuatu yg mustahil dalam diri aku selama aku bergelar pelajar.aku terkekang dengan lambakan kerja yg dah diberikan sesuai dengan status yg aku pegang di institut aku... segalanya mengajar aku erti sabar, tabah, dan yang jauh lebih penting positif!!!!

Saturday, May 16, 2009

hariku.....

Posted by CHIp chIP buCkS at 9:20 PM 0 comments

hmmm........
sejak ada satu status pada diri aku, banyak perkara yang aku belajar. perkara yang baik, perkara yang buruk, perkara yang baru, macam-macam lagi...tapi aku rasa banyak perkara dalam diri aku yang perlu aku ubah. yang perlu aku baiki. menjadi seorang yang sangat positif amat2 penting...
 

NUR SYAFAWATI BT ABDUL HALIM Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare