Saturday, April 2, 2016

I am BIG SYAFA now.

Posted by CHIp chIP buCkS at 7:08 PM
Assalamualaikum w.b.t 

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Aku bersyukur kerana aku masih lagi dikurniakan dengan pelbagai nikmat hidup yang tidak terkata hebatnya.

6 tahun aku meninggalkan blog ini tanpa sebarang penulisan dan kini aku kembali setelah disumpah oleh DR AZIZAN OSMAN. Insan yang sentiasa menjadikan semua orang terinspirasi dengan kata-katanya. 

Alhamdulillah segala puji ku panjatkan kepada Allah pemilik semua yang ada pada alam semesta ini. Alhamdulillah dan syukur yang tidak terhingga dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada diri ini.

6 tahun lepas, aku masih bergelar guru pelatih tetapi kini aku sudah berada dalam gelanggang yang sebenar. Sudah bergelar seorang guru di SK Dato’ Demang Hussin, Melaka. Sudah bergelar isteri kepada suami tercinta SHAH NADZRI JASMIR. Bahtera perkahwinan telah berusia 2 tahun dan akan kekal hingga ke syurga tertinggi. Aminnn yaa rabbb. Alhamdulillah Allah juga memberi ruang untuk kami memiliki mahligai terindah kami seawal usia 25 tahun. Dan kini kami masih menanti zuriat-zuriat soleh solehah dari rahimku untuk lebih menyerikan lagi kehidupanku dan anugerah terindah untuk suamiku.


POWER OF LOVE
Teringat waktu satu slot bersama doc untuk kelas IMKK. Waktu tulah, kami semua buang perasaan negatif kami pada orang yang pernah membuatkan kita marah, dendam dan benci. Tak boleh aku gambarkan macamna aku pada waktu itu. Aku tulis surat untuk semua keramat hidupku. Aku nyatakan betapa jantungku terhenti andai kata Allah ambil mereka semula dari aku. Tak dapat digambarkan. Aku buang sejauhnya perasaan benci yang membuak buak pada ketika itu. Aku tiup bakar perasaan itu semarak-maraknya dan aku tiup abunya. Serta merta wajah keramat hidupku muncul seorang demi seorang dalam bayangan mataku. Ingat lagi doc cakap buang rasa marah tu. Maafkan mereka yang pernah mencetus rasa benci itu.

Betul. Bagaikan tengok movie, aku dapat tengok dalam bayangan mataku bagaimana aku dipeluk dibelai oleh mak babah waktu aku kecil bersama dengan adikku. Aku nampak juga suamiku yang menghulurkan tangannya kepadaku untuk dipimpin dan kami terus melangkah.

Saat aku membuka mata, aku terus melangkah mendapatkan suamiku yang ada di dewan yang sama. Dan kami berpelukan seperti pasangan yang lain. Dan ketika itu aku dapat rasa betapa aku tidak mampu hidup tanpa suamiku, mak babah dan adikku. Mereka keramat hidup dan anugerah yang paling indah yang Allah kurniakan kepada ku. MasyaALLAH. Terima kasih ya ALLAH..


Keramat hidup inilah yang perlu kita jaga. Kita tatang. Percayalah ketenangan yang tiada tandingannya ALLAH akan beri. Seperti yang aku lalui skang, aku jaga keramat-keramat hidup ini. Maka ALLAH jaga hidupku. MasyaALLAH. I can fell it, sentiasa rasa bahawa Allah menjaga dan menuntun langkahku . tQ Allah..
Kenangan Hari Raya Aidilfitri 2015 di Kuching, Sarawak with my beloved husband, babah, mak and sister


0 comments:

Post a Comment

 

NUR SYAFAWATI BT ABDUL HALIM Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare