Assalamualaikum w.b.t
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi
maha mengasihani. Aku bersyukur kerana aku masih lagi dikurniakan dengan
pelbagai nikmat hidup yang tidak terkata hebatnya.
6 tahun aku meninggalkan blog ini tanpa
sebarang penulisan dan kini aku kembali setelah disumpah oleh DR AZIZAN OSMAN.
Insan yang sentiasa menjadikan semua orang terinspirasi dengan
kata-katanya.
Alhamdulillah segala puji ku panjatkan
kepada Allah pemilik semua yang ada pada alam semesta ini. Alhamdulillah dan
syukur yang tidak terhingga dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada diri ini.
6 tahun lepas, aku masih bergelar guru
pelatih tetapi kini aku sudah berada dalam gelanggang yang sebenar. Sudah bergelar
seorang guru di SK Dato’ Demang Hussin, Melaka. Sudah bergelar isteri kepada
suami tercinta SHAH NADZRI JASMIR. Bahtera perkahwinan telah berusia 2 tahun
dan akan kekal hingga ke syurga tertinggi. Aminnn yaa rabbb. Alhamdulillah
Allah juga memberi ruang untuk kami memiliki mahligai terindah kami seawal usia
25 tahun. Dan kini kami masih menanti zuriat-zuriat soleh solehah dari rahimku
untuk lebih menyerikan lagi kehidupanku dan anugerah terindah untuk suamiku.
POWER OF LOVE
Teringat waktu satu slot bersama doc untuk
kelas IMKK. Waktu tulah, kami semua buang perasaan negatif kami pada orang yang
pernah membuatkan kita marah, dendam dan benci. Tak boleh aku gambarkan macamna
aku pada waktu itu. Aku tulis surat untuk semua keramat hidupku. Aku nyatakan
betapa jantungku terhenti andai kata Allah ambil mereka semula dari aku. Tak dapat
digambarkan. Aku buang sejauhnya perasaan benci yang membuak buak pada ketika
itu. Aku tiup bakar perasaan itu semarak-maraknya dan aku tiup abunya. Serta merta
wajah keramat hidupku muncul seorang demi seorang dalam bayangan mataku. Ingat lagi
doc cakap buang rasa marah tu. Maafkan mereka yang pernah mencetus rasa benci
itu.
Betul. Bagaikan tengok movie, aku dapat
tengok dalam bayangan mataku bagaimana aku dipeluk dibelai oleh mak babah waktu
aku kecil bersama dengan adikku. Aku nampak juga suamiku yang menghulurkan
tangannya kepadaku untuk dipimpin dan kami terus melangkah.
Saat aku membuka mata, aku terus melangkah
mendapatkan suamiku yang ada di dewan yang sama. Dan kami berpelukan seperti
pasangan yang lain. Dan ketika itu aku dapat rasa betapa aku tidak mampu hidup
tanpa suamiku, mak babah dan adikku. Mereka keramat hidup dan anugerah yang
paling indah yang Allah kurniakan kepada ku. MasyaALLAH. Terima kasih ya
ALLAH..
Keramat hidup inilah yang perlu kita jaga.
Kita tatang. Percayalah ketenangan yang tiada tandingannya ALLAH akan beri. Seperti
yang aku lalui skang, aku jaga keramat-keramat hidup ini. Maka ALLAH jaga
hidupku. MasyaALLAH. I can fell it, sentiasa rasa bahawa Allah menjaga dan menuntun langkahku . tQ Allah..
Kenangan Hari Raya Aidilfitri 2015 di Kuching, Sarawak with my beloved husband, babah, mak and sister |